KEMBALI KE SEKOLAH!!!!

Posted on Monday, March 22, 2010 by SK SERI ALAM 2


6.00 pagi: krING!!! KRing!! kRing!!!!

Emak: Nina!!! Bangun pagi nak oi!!! arini sekolah!!! cuti sekolah dah habes!!!


Nina : Alamak!! betul ke mak??? ekh kerja sekolah nina dah siap ke lom mak???


Emak: HAH????? Nina tanya mak???? mak dah cakap banyak kali kan siapkan
keje sekolah!

mungkin inilah yang mungkin terjadi kepada adik-adik di SKSA2... sebelum cuti sekolah cikgu dah banyak kali pesan siapkan kerja sekolah. jangan asyik mengadap game & bermain di luar sahaja...
jika ini terjadi, siapa yang rugi??? adik-adik semua kan??


ok hari ini, 22 Mac 2010, sesi persekolahan bermula kembali setelah murid-murid direhatkan selama seminggu. rehat bukan sebarang rehat, tetapi guru sudah bekalkan dengan kerja sekolah.

hari pertama persekolahan tadi, bermula seperti biasa. murid-murid berhimpun di dataran kejat dan ulasan guru bertugas mingguan turut disampaikan. selain itu, peringatan tentang kebersihan murid-murid juga disampaikan. ini kerana guru-guru dapati pakaian murid-murid sudah kelihatan seperti pakaian yang dipakai hampir setahun. padahal baru masuk bulan ke tiga persekolahan..


diharapkan murid-murid tidak lagi nakal dan sentiasa bersemangat untuk terus belajar!!!