Latar Belakang

Posted on Monday, March 8, 2010 by SK SERI ALAM 2


Sekolah Kebangsaan Seri Alam 2 telah mula beroperasi sepenuhnya mulai Januari 2002 dengan mempunyai 318 orang murid, 25 orang guru, dan 2 orang staf sokongan (PT & PAR). Pada mulanya sekolah ini beroperasi dengan menumpang di Sekolah Kebangsaan Seri Alam 1. Bangunan sebenar sekolah ini masih belum boleh diduduki kerana mempunyai beberapa kerja penyelenggaraan yang perlu dijalankan.

Peneraju sekolah ini adalah En. Ibrahim Bin Ali yang mula bertugas pada bulan Jun 2003. Sebelum ini peneraju sekolah ini adalah En. Khairul Anuar Bin Mashuri selaku penyelaras.

Pada tanggal 28 Oktober 2002, sekolah telah berpindah ke bangunan sendiri yang terletak di Jalan Suria, dengan diserahkan secara rasminya oleh Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada 22 Oktober 2002. Pada Tahun 2003 pertambahan murid amat memberangsangkan dengan pertambahan sebanyak 152 orang menjadikan jumlah 470 orang murid. Manakala guru juga bertambah menjadi 30 orang.

Kemudahan sekolah dari segi fizikal adalah amat membanggakan. Terdapat 2 buah makmal komputer, makmal sains dan bengkel kemahiran hidup. Segala aktiviti dapat dijalankan dengan lancar dan teratur.

2 Responses to "Latar Belakang":

Cikgu Musi says:

SK Bandar Seri Alam...berada di Jalan Rombun lah ana...bukannya Jalan Tasek

Cikgu Musi says:

lai satu ana...kenapa plak SK Seri Alam 2 tu telotak di Bnadar Seri Alam 2